DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR


Berikut adalah definisi Kemahiran Berfikir yang telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir :

  1. Menurut Beyer (1984), berfikir adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
  2.  Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. 
  3. Meyer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masaalah. 
  4. KB “adalah manifestasi pemikiran reflektif – ia termasuklah penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan mengamalkan pemikiran terbuka”. (Dewey, 1910) 
  5. KB adalah “sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan penyelesaian masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima”. (Guilford, 1959) 
  6. Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa KB “…adalah keyakinan berlandaskan tindakan yang cermat dan disengajakan samada dalam menerima, menolak, atau menagguhkan satu-satu keputusan berhubung dengan satu-satu dakwaan (claims). 
  7. Sementara  Meyer (1987) mentakrifkan KB sebagai “kebolehan membuat generalisasi, mengandaikan dan mengendalikan kemungkinan yang berbagai, dan juga menangguhkan keputusan”.

0 comments:

Post a Comment

Followers

Copyright 2009 PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (KPD6034). All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy