TIPS UNTUK GURU


Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan?

  1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan penyerapan. 
  2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan. 
  3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir. 
  4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu. 
  5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup. 
  6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna.   Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawan-kawannya.                                      
  7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti. 
  8. Lihat contoh di bawah ini: Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.

     a.    Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendahdgn soalan
            berikut: 
    i.     Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan? 
    ii.   Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu? 
    iii.  Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan? 

     b.   Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan
           soalan atau aktiviti berikut: 
    i.     Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan? 
    ii.    Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu? 
    iii.   Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad? 
    iv.    Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad? 
    v.     Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya
            tiada Ali?  
    vi.   Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi 
           cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak.
    vii.  Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: 
          "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar". 
    viii.  Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak 
           dan menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran  
           rumah anda. 
    ix.   Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan.  

0 comments:

Post a Comment

Followers

Copyright 2009 PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (KPD6034). All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy